Pilih Biden Untuk Pulihkan AS!-Barry Sternlicht

529

Pelabur jutawan terkemuka dunia, Barry Sternlicht mendedahkan bahawa untuk calon Demokrat Joe Biden untuk jawatan presiden berbanding Donald Trump. Sebelum ini, Sternlicht, telah menyatakan persetujuannya terhadap desakan Presiden Donald Trump agar ekonomi dibuka kembali akibat daripada perintah berkurung ketika penyebaran wabak coronavirus. Namun, kini beliau dikhabarkan telah mengubah fikiran dan cenderung untuk memilih Biden.

Menurutnya, negara itu perlu sembuh dan bersatu semula serta ianya tidak akan dapat dilakukan dengan retorik dari kanan.

Tambahan daripada itu, Sternlicht turut menyatakan kebimbangan serius berkenaan sayap kiri parti Demokrat, tetapi mengatakan kepercayaannya bahawa bekas naib presiden dalam pentadbiran Barack Obama adalah calon yang lebih baik untuk saat ini di Amerika Syarikat.

Terdahulu, beliau didakwa menyokong agenda mesra perniagaan Trump termasuk pemotongan cukai korporat dan penggulungan peraturan perniagaan pendahulunya.

Kini, pelan cukai yang dikemukakan oleh Biden, didakwa akan mendorong kenaikan kadar keuntungan modal dan merupakan idea yang baik untuk pelaburan di Amerika Syarikat.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat