Pilihan Raya Di Belarus Berlaku Penipuan? EU Rancang Kenakan Sekatan!

266

Kesatuan Eropah umumkan rancangan untuk mengenakan sekatan ke atas beberapa pegawai Belarus pada hari Rabu. 27 pemimpin negara telah bersepakan bahawa perlunya undian baru pemilihan Presiden.

Presiden Majlis Eropah Charles Michel mengatakan dalam taklimat video bahawa blok tersebut akan segera mengenakan sekatan ke atas “sejumlah besar” individu yang bertanggungjawab berikutan kelakuan keganasan, penindasan, dan penipuan dalam pilihan raya.

Michel menyatakan bahawa EU terus berpegang teguh pada hak rakyak Belarus. Presiden Lithuania Gitanas Nauseda mengatakan bawah para pemimpin EU juga telah membuat kesepakatan bahawa pilihan raya baru di Belarus adalah diperlukan.

Menjelang sidang kemuncak EU, calon pembangkang utama Belarus, Svetlana Tikhanovskaya meminta blok tersebut tidak mengikhtiraf kemenangan pilihan raya Lukashenko.

Pesaing utama tersebut telah mendakwa bahawa Lukashenkon telah melakukan penipuan dalam pilihan raya.

 

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat