Platform NFT LooksRare Tumpaskan Populariti OpenSea!

669

Baru sahaja dilancarkan dalam sehari, LooksRare tampil sebagai pesaing terdekat OpenSea berdasarkan rekod dagangan non-fungible token (NFT) yang tinggi – lebih $110 juta!

Pada masa yang sama, OpenSea mencatatkan jumlah dagangan yang sederhana dengan rekod terendah bagi 2022, susut dari lebih $261 juta pada Ahad ke paras bawah $170 juta pada Isnin.

Apa itu LooksRare?

  • Platform perdagangan NFT yang baru dilancarkan semalam.
  • Pelancarannya bersama airdrop token LOOKS percuma untuk pengguna OpenSea yang membelanjakan sekurang-kurangnya 3 ETH di LooksRare dalam tempoh 16 Jun-16 Disember 2021.
  • Akan datang, kos yang dijana di LooksRare akan dibayar sebagai ganjaran kepada pemilik LOOKS yang staking di platform itu.
  • Kos transaksi di LooksRare: 2%, lebih rendah berbanding OpenSea: 2.5%.
  • Ganjaran yang dijanjikan oleh LooksRare akan dibayar di dalam Wrapped Ethereum (WETH).

Difahamkan lebih 185,000 wallet Ethereum sah untuk menyertai airdrop LOOKS. Setakat ini lebih 74 juta token LOOKS telah ditebus.

LooksRare juga akan menghasilkan lebih 2.86 juta LOOKS setiap hari dan jumlahnya akan berkurang sehingga tahun hadapan.

LOOKS mencatatkan nilai dagangan $3.78, meningkat lebih 21% dalam 24 jam ketika penulisan artikel ini.

Belajar lebih mendalam tentang NFT bersama Team INTRADAY.my, jom sertai group telegram INTRADAY.NFTKlik di sini untuk sertai.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat