Platform Symbol (XYM) Rasmi Dilancarkan!

568

Platform Symbol telah dilancarkan sepenuhnya selepas empat tahun diusahakan oleh New Economy Movement (NEM).

Pelancaran mainnet itu pada awalnya ditetapkan pada 15 Mac tetapi berubah susulan daripada isu berkaitan konfigurasi rangkaian yang menyebabkan gangguan terhadap nod.

Pengumuman itu dimaklumkan sendiri melalui akaun rasmi Twitter NEM pada tengahhari tadi waktu Malaysia.

Sebagai rekod, Symbol merupakan evolusi blockchain awal NEM yang dilancarkan pada Mac 2015. Ini bermakna, secara tidak langsung NEM kini merupakan sebuah ekosistem dua rantai (two chain ecosystem).

Symbol adalah platform yang membenarkan mana-mana aset (ciri yang dikenali sebagai ‘mosaics‘), bermula daripada hartanah, harta intelektual, komoditi atau saham menjadi token yang patuh undang-undang.

Pada 12 Mac, NEM telah mengambil snapshot blockchain mereka untuk mengedarkan token natif Symbol, XYM kepada pelabur NEM.Pemegang XEM akan mendapat XYM dalam jumlah yang sama pegangan XEM ketika snapshot itu diambil.

Token XYM digunakan untuk membayar transaksi sebagai insentif kepada rangkaian nod awam yang memproses dan merekod transaksi. Pengedaran itu telah disokong oleh beberapa pertukaran termasuk Binance, Bittrex, Poloniex, HitBTC dan KuCoin.

Ketika penulisan, XEM didagangkan pada $0.3 dengan peningkatan sebanyak 1.47% dalam 24 jam. Manakala, XYM berdasarkan Neironix mencatatkan nilai $0.35.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat