PM Anthony Albanese Penuhi Janji Naikkan Gaji Minimum Australia

247

Perdana Menteri baharu Australia, Anthony Albanese telah mengemukakan permohonan kepada badan pemerhati buruh negara itu, yang mencadangkan kenaikan gaji minimum lebih daripada kadar inflasi dalam usaha untuk memenuhi salah satu janji pilihan rayanya sebelum ini.

Albanese memberitahu dalam satu kenyataan pada Jumaat bahawa inflasi yang tinggi serta pertumbuhan gaji yang lemah telah mengurangkan kadar upah sebenar dalam ekonomi dan mewujudkan tekanan kos sara hidup ke atas pekerja berpendapatan rendah di Australia.

Ujar beliau lagi, kerajaan tidak mahu melihat pekerja Australia mundur, khususnya, pekerja dengan kadar gaji rendah yang mengalami kesan inflasi dan mempunyai keupayaan paling sedikit untuk menggunakan simpanan.

Gaji minimum semasa adalah A$20.33 (RM64.71) sejam. Semasa kempen pra-pilihan raya bulan lalu, Albanese telah berjanji untuk menyokong kenaikan 5.1% dalam kadar gaji minimum.

Suruhanjaya Kerja Adil Australia akan mengumumkan semakan gaji tahunannya akhir bulan ini.

Tekanan daripada peningkatan kos sara hidup akibat harga petrol yang lebih tinggi dan prospek kenaikan kadar faedah yang lebih pantas telah menakutkan isi rumah Australia yang berhutang, menyebabkan sentimen pengguna jatuh ke tahap paling lemah sejak Ogos 2020.

Perdana Menteri itu berkata kenaikan gaji minimum juga akan melengkapkan usaha kerajaannya untuk membantu merapatkan jurang gaji antara lelaki dan perempuan negara (national gender) sebanyak 22.8%.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat