PM Boris Johnson Dijangka Beritahu EU Bahawa Britain Akan Memilih ‘No-Deal Brexit’ Jika Perbincangan Tergantung

493

Boris Johnson dilaporkan akan memberi amaran kepada EU hari ini bahawa Britain akan memilih Brexit tanpa perjanjian (No-Deal Brexit) sekiranya perjanjian perdagangan tidak dicapai pada akhir bulan depan.

Ancaman itu datang walaupun ketua Organisasi Perdagangan Dunia (WTO) memberi amaran bahawa tindakan itu dapat memperlambatkan pemulihan ekonomi UK dari impak coronavirus, dan menegaskan perjanjian perlu dimeterai untuk perkembangan pekerjaan di UK.

Ketua Pengarah WTO Roberto Azevêdo menekankan pertanian dan industri kereta sebagai dua mangsa terbesar jika kesepakatan tidak dapat dicapai, kerana tarif yang tinggi yang akan dikenakan oleh EU mengikut peraturan perdagangan.

Perdana Menteri UK itu masih menginginkan perjanjian yang mengekalkan akses bebas tarif ke dalam pasaran EU, tetapi menegaskan Britain masih dapat kekalkan terma tersebut sepertimana yang ditetapkan oleh WTO, secara automatik walaupun tiada permeteraian dilakukan sehingga akhir tahun ini, menurut The Times.

Boris Johnson akan disertai oleh menteri Kabinet Michael Gove dan ketua perunding David Frost hari ini untuk bersidang melalui panggilan video dengan Charles Michel, presiden Majlis Eropah, Ursula von der Leyen, presiden Suruhanjaya Eropah, dan David Sassoli, presiden parlimen Eropah.

Kemudiannya akan disusuli oleh siri persidangan mingguan secara rasmi selama lima minggu dari 29 Jun, dengan melihat permasalahan teknikal secara terperinci.

Persidangan ini sangat dinantikan memandangkan ini adalah kali pertama mereka akan mengadakan pertemuan secara bersemuka dalam tempoh waktu yang lama, dengan kedua belah pihak mengakui bahawa perbincangan jarak jauh sebelum ini, akibat wabak koronavirus, telah berjalan sejauh mengikut sedaya yang mungkin.

Empat pusingan perbincangan melalui persidangan video hanya membuat kemajuan yang terhad dengan beberapa permasalahan besar yang masih belum diatasi.

 

Anda mungkin juga berminat