PM Britain Tuntut Kesatuan Eropah Beri Kerjsama!

290

Boris Johnson telah mengariskan pelan beliau untuk perjanjian baru Brexit dan dalam masa yang sama beliau memberi amaran kepada Kesatuan Eropah berkerjasama atau jika tidak, UK tidak teragak untuk berundur daripada kesatuan Eropah tanpa persetujuan perjanjian.

Perdana Menteri UK telah mengumumkan secara terbuka bahawa UK sudah ‘bersedia’ untuk berundur daripada Kesatuan Eropah tanpa persetujuan dalam tempoh 4 minggu ini jika pegawai-pegawai di Burssels tidak mahu mengalah.

Dalam ucapan utama beliau sebagai perdana menteri di persidangan Parti Konservatifnya, Johnson berkata pihak beliau telah mengemukakan butir-butir mengenai pelan beliau di Brussels pada hari Rabu.

‘ Saya mengharapkan bahawa pegawai-pegawai tersebut memahami apa yang cuba dikemukakan dan memberi kerjasama’, kata Johnson pada hari ini.’ Jika kita gagal mendapat persetujuan maka pihak beliau tidak ragu-ragu untuk meneruskan pelan alternatif iaitu berundur daripada Kesatuan Eropah tanpa persetujuan’.

Dalam pelan yang diutarakan, beliau telah memberi sedikit rincian tentang bagaimana mengatasi masalah pemerikasan di pembatasan Ireland.

Terdapat tanda-tanda bahawa beberapa pemimpin Eropah bersetuju untuk menerima pelan yang diutarakan oleh Johnson. Ireland yang merupakan salah sebuah negara penting disisi Kesatuan Eropah pula menolak pelan tersebut.

UK dijangka akan berundur daripada Kesatuan Eropah pada 31 Oktober dan Boris Johnson telah mengatakan bahawa beliau tidak akan bersetuju untuk menangguhkan Brexit walaupun terpaksa mengambil jalan untuk keluar daripada Kesatuan Eropah tanpa persetujuan,

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat