PM Ismail Sabri Alu-Alukan Pelaburan Tesla Ke Malaysia

573

‘Kalau Tesla rasmi masuk Malaysia, boleh lawan King Myvi tak agak-agak?’

Setelah sekian lama memerhati dari jauh, produk Tesla mungkin secara rasminya masuk ke Malaysia apabila Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengalu-alukan cadangan supaya Tesla melabur ke dalam negara.

Perkara tersebut telah diucapkan sendiri oleh beliau ketika ditemuramah wartawan selepas selesai bertemu dengan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Majlis Perniagaan ASEAN-Amerika Syarikat (US-ABC), Ted Osius.

Menurut intipati temuramah tersebut, Datuk Seri Ismail Sabri ‘menghamparkan karpet merah’ kepada pelabur-pelabur dan ahli perniagaan luar untuk datang dan menjadikan Malaysia sebagai hab pelaburan.

Beliau menyatakan Malaysia sangat mengalu-alukan sebarang bentuk perlaburan termasuk pelaburan ekonomi digital, teknologi hijau dan kereta elektrik (EV).

Terang Datuk Seri Ismail Sabri lagi, Malaysia merupakan rakan dagangan penting Amerika Syarikat (AS) dan mencadangkan Tesla masuk melabur ke dalam Malaysia bagi menghasilkan pengeluaran produk EV-nya.

Sebagai maklumat tambahan, US-ABC yang ditubuhkan pada 1984 yang mewakili 170 perniagaan utama AS di Asia Tenggara, dan badan tersebut memainkan peranan penting dalam menarik pelaburan ke ASEAN termasuk Malaysia.

Dalam pada itu, Perdana Menteri Malaysia juga sempat berjumpa dengan Setiausaha Agung World Information Technology and Services Alliance (WITSA), Dr James H. Poisant dalam membincangkan persidangan IT terbesar dunia, World Congress on Information Technology (WCIT), yang bakal diadakan di Pulang Pinang September nanti.

Persidangan yang mengumpulkan pelbagai peserta dari seluruh dunia termasuk penceramah agensi angkasa lepas AS, diharapkan dapat memberi manfaat kepada rakyat Malaysia dari segi sektor teknologi.

Setakat ini tidak diketahui sama ada jemputan tersebut telah sampai ke telinga jutawan terkaya dunia, Elon Musk.

Dikhuatiri mungkin Musk sedang sibuk melayan deligasi Indonesia yang mengunjungi pusat pengeluaran Tesla di AS.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat