PM Johnson Tolak Dakwaan Corbyn Mengenai Tawarannya Dalam Rundingan Dagang AS-UK

390

Perdana Menteri UK Boris Johnson menolak dakwaan pemimpin Parti Buruh, Jeremy Corbyn yang menyatakan Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan (NHS) yang merupakan sistem penjagaan kesihatan kebangsaan yang dibiayai awam di UK, menjadi salah satu tawaran kepada Presiden AS Donald Trump dalam rundingan perdagangan Amerika Syarikat dan UK.

Corbyn tampil dengan bukti salinan dokumen pembacaan penuh mengenai ‘Perdagangan dan Pelaburan UK-AS’ yang menunjukkan NHS terlibat dalam rundingan tersebut, setelah ia dinafikan oleh PM Johnson ketika perdebatan mereka baru-baru ini.

Syarikat farmasi AS didakwa mahu meningkatkan harga ke atas ubat-ubatan yang dibayar oleh NHS sebagai sebahagian daripada perjanjian. Beliau juga berkata pegawai UK mengakui akses NHS untuk mendapatkan ubat generik akan menjadi pertimbangan utama dalam rundingan tersebut.

Berikutan daripada itu, PM Johnson telah menafikannya dalam satu temubual oleh ITV dan memberitahu bahawa ia adalah sesuatu yang bodoh untuk berunding mengenai NHS dan perjanjian perdagangan dengan Amerika Syarikat akan terbatal sekiranya Donald Trump mahukannya dalam rundingan mereka.

Sementara itu dalam sisi berbeza, ketidakpastian mengenai pilihan raya dan Brexit terus memberi kesan kepada pengguna apabila data keyakinan pengguna UK hasil tinjauan oleh GfK menunjukkan ia kekal pada paras terendah sejak 2013 yang dicatatkan pada November.

Penganalisis Gfk berkata bahawa pengguna kini berada dalam situasi ‘tunggu dan lihat’, sementara berhadapan dengan ketidaktentuan Brexit dan politik menjelang pilihan raya pada 12 Disember ini.

Perbelanjaan oleh pengguna telah membantu ekonomi ketika banyak syarikat mengurangkan pelaburan mereka berikutan dihantui oleh kebuntuan Brexit.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat