PM Mario Draghi Letak Jawatan, Itali Di Ambang Kejatuhan Angkara Krisis Hutang

643

Perdana Menteri Itali, Mario Draghi telah mengumumkan peletakan jawatannya selepas parti gabungan, Five Star Movement enggan menyokongnya dalam undi percaya.

Bekas Presiden Bank Pusat Eropah (ECB) itu telah mengetuai kerajaan perpaduan sejak Februari 2021 bagi membantu proses pemulihan ekonomi daripada pandemik Covid-19.

Bagaimanapun, Draghi mengambil keputusan untuk mengundurkan diri dengan mengatakan beliau tidak lagi mempunyai sokongan daripada pakatan memerintah kerajaan.

Meskipun begitu, permohonan peletakan jawatannya ditolak oleh Presiden Sergio Mattarela.

Susulan pengumuman peletakan jawatannya, hasil bon 10 tahun Itali meningkat kepada paras tertinggi 3.5% pada hari Khamis dan spread bon Jerman yang lebih selamat meluas kepada 227 mata menjelang penutupan dagangan.

Draghi, digelar ‘Super Mario’ kerana kerjayanya yang panjang sebagai penyelesai masalah kewangan  mengakui telah menyaksikan kos pinjaman Itali meningkat semasa menjadi perdana menteri selama 17 bulan.

Krisis yang dihadapi Itali cukup besar untuk menjatuhkan seluruh pinggir Zon Eropah kerana timbunan hutang kerajaan sebanyak 2.5 trilion euro lebih tinggi daripada empat negara lain, dan jika digabungkan, ia terlalu besar untuk diselamatkan.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat