PM Muhyiddin Umum Pakej Rangsangan Ekonomi!

623

Berikutan dengan wabak pandemik yang melanda negara, majoriti rakyat mula bimbang terutamanya berkaitan ekonomi negara yang kelihatan terjejas. Berikutan dengan itu, Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Dato’ Muhyiddin Yassin telah mengumumkan pakej rangsangan ekonomi pada jam 3 petang tadi.

Pakej yang diumumkan dikenali sebagai Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat atau PRIHATIN yang berjumlah RM250 bilion. Daripada jumlah keseluruhan tersebut, kira-kira RM218 bilion akan disalurkan untuk menjaga kebajikan rakyat, RM100 bilion diperuntukkan untuk perniagaan merangkumi Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dan RM20 bilion akan digunakan untuk memperkukuh ekonomi negara. Untuk pengetahuan semua, baki sebanyak RM20 bilion telah diumumkan dalam pakej rangsangan sebelum ini.

Selain itu, beliau menegaskan bahawa pakej PRIHATIN ini adalah untuk semua rakyat Malaysia termasuk para nelayan, pengusaha hotel atau chalet, penarik beca mahupun para peniaga pasar malam.

Pasti sudah ramai yang tidak sabar-sabar menantikan apakah initipati pakej yang diumumkan ini!

1. Peruntukan RM500 akan disalurkan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia, sebanyak RM1 bilion diberikan sebagai peruntukan tambahan bagi pembelian peralatan dan perkhidmatan dalam menangani wabak COVID-19.

2. Dana khas sebanyak RM8 juta akan disediakan oleh industri takaful dan insurans bagi menampung kos ujian saringan para pemegang polisi atau siji takaful perubatan yang perlu menjalani ujian di hospital atau makmal swasta.

3.Penambahan elaun kepada kakitangan sektor kesihatan sebanyak RM200 pada setiap bulan bermula 1 April sehingga wabak COVID-19 berakhir.

4. Elaun khas buat anggota pertahanan seperti polis, tentera, kastam, imigresen, RELA, Angkatan Pertahanan Awam sebanyak RM200 sebulan bermula 1 April akan dipanjangkan sehingga wabak COVID-19 berakhir.

5. Bantuan Prihatin Nasional, pemberian tunai one-off dengan peruntukan sebanyak RM10 bilion diberikan kepada kumpulan M40 termasuk pekerja swasta, peneroka FELDA, petani, nelayan, peniaga kecil dan semua yang tergolong dalam kumpulan M40 dan ke bawah.

Melalui peruntukan ini :

#Sebanyak RM1,600 akan diperuntukkan kepada kira-kira 4 juta isi rumah yang berpendapatan sebanyak RM4,000 ke bawah sebulan. Pembayaran sebanyak RM1,000 akan dibuat pada bulan April manakala baki RM600 akan diberikan pada bulan Mei.

#Peruntukan RM1,000 diberikan kepada 1.1 juta isi rumah yang berpendapatan lebih RM4,000 hingga RM8,000. Sebanyak RM500 diberikan pada bulan April dan pembayaran baki sebanyak RM500 dibuat pada bulan Mei.

#Bantuan sebanyak RM800 disalurkan kepada 3 juta individu bujang yang berusia 21 tahun ke atas yang memiliki pendapatan kurang RM2,000. RM500 akan diberikan pada bulan April serta baki RM300 dibayar pada bulan Mei.

#Sebanyak RM500 akan diperuntukkan untuk 400,000 individu bujang yang berpendapatan lebih RM2,000 hingga RM4,000. Sebanyak RM250 akan diberikan pada bulan April manakala baki RM250 disalurkan pada bulan Mei.

6.Para pelajar Institut Pengajian Tinggi termasuk Kolej Matrikulasi, Kolej Komuniti, Politeknik, IPTA dan IPTS akan menerima sebanyak RM200 seorang bermula Mei 2020.

7. Peruntukan sebanyak RM25 juta akan disalurkan kepada golongan mudah terjejas seperti warga emas, kanak-kanak di pusat perlindungan, OKU, gelandangan, dan orang asal melalui sumbangan bantuan makanan, barangan penjagaan kesihatan dan tempat perlindungan.

8. Penangguhan bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran atau PTPK selama 6 bulan sama seperti PTPTN tempoh hari.

9. Golongan B40 yang menerima manfaat MySalam yang dimasukkan ke hospital kerana jangkitan COVID-19 boleh menuntut bayaran ganti pendapatan sebanyak RM50 sehari untuk tempoh maksimum 14 hari begitu juga yang dikuarantinkan sebagai pesakit di bawah siasatan (PUI)

10. Kebenaran untuk mengeluarkan pra-persaraan dari akaun B Skim Persaraan
Swasta sehingga jumlah RM1,500 bagi setiap ahli tanpa sebarang penalti cukai dalam tempoh bulan April hingga Disember 2020.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat