Polygon Bakal Uji Blockchain Baharu – ‘Avail’ Pada Pertengahan 2022

173

Polygon bakal melancarkan testnet untuk blockchain baharu, Avail dengan tujuan memperkasakan rantaian dan dApps lain tanpa mengira saiznya.

Difahamkan Avail mula bersiaran pada suku kedua 2022, menyertai beberapa penyelesaian skalabiliti seperti Edge, Miden, Zero, Hermez, dan Nightfall.

Avail juga dianggap sebagai rangkaian berdiri sendiri di bawah Polygon. Ia akan membantu mengendalikan dan mengesahkan data off-chain untuk blockchain yang telah berintegrasi dengannya.

Bagaimana?

Kebanyakan blockchain mengimport sejumlah besar data melalui aplikasi desentralisasi tanpa menyimpannya kerana ia menelan kos yang sangat tinggi. Begitu juga pengesahan yang berkali-kali ketika data itu dikendalikan oleh pelayan ketiga.

Di sinilah Avail memainkan peranan penting dalam menyusun transaksi dan memastikan ia tersedia. Malah, Avail tidak akan mengesah mana-mana transaksi seperti kebiasaan sesebuah blockchain.

Avail juga wujud sebagai lapisan ketersediaan data (data availability layer) untuk penyelesaian lapisan-2 Ethereum, iaitu Optimism dan Validium.

Ketika artikel ini ditulis, token natif Polygon; MATIC mencatatkan nilai seunit $1.51, meningkat hampir 4%.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat