Portfolio Pelaburan CEO Telegram Didedahkan, Ini 2 Kripto Dipegangnya!

1,007

“Nampaknya CEO Telegram penyokong kuat kripto, mungkin lepas ni beliau akan beli banyak lagi.”

Pencipta aplikasi Telegram, Pavel Durov yang berpendapat melabur dalam hartanah atau pesawat adalah tidak bijak tetapi sungguh percaya pada Bitcoin (BTC), telah mendedahkan pegangan mata wang kripto yang dimilikinya pada tahun 2023.

Durov dilaporkan memiliki $17.5 bilion dalam aset digital, di mana beliau mempunyai saham Telegram, BTC dan sejumlah kecil Toncoin (TON) iaitu kripto utama Rangkaian Terbuka Layer 1 blockchain Telegram yang mengaplikasikan Proof-of-Stake (PoS).

TON yang diterima pakai oleh perkhidmatan pemesejan telah menyaksikan pendakian harga sebanyak 3% daripada $1.34 kepada $1.38 sejurus selepas Durov mengumumkan jumlah kripto dipegangnya pada awal hari ini.

Menerusi kenyataannya, Durov turut berkata bahawa beliau telah membeli sebanyak 2,000 BTC bernilai $1.5 juta pada sedekad lalu dan kini nilai aset digitatnya berharga $60 juta.

Selain menyebut tentang pertumbuhan perkhidmatan pemesejan segera, Durov juga bercakap berkenaan Telegram yang bukan sahaja mempunyai lebih 800 juta pengguna aktif bulanan pada awal tahun malah 2.5 juta pendaftaran baharu setiap hari.

Pada minggu lalu, Telegram telah mengeluarkan bon bernilai $270 juta untuk pulang modal dan membiayai perkembangan perniagaan.

Walaupun masih tidak pasti siapakah pelabur bon tersebut, Durov yang membeli satu perempat daripada bon bagi menyokong pertumbuhan platform menyatakan bahawa kebanyakannya adalah pelabur terkenal dengan reputasi cemerlang.

Sudah sedia maklum terdapat banyak persaingan dengan perkhidmatan sosial baharu, tetapi Telegram tetap berjaya menyaksikan pertumbuhan pesat sejak beberapa tahun kebelakangan ini apabila memiliki lebih 300 juta pengguna baharu memuat turun aplikasi dalam tempoh dua tahun lalu.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat