Pos Malaysia Lancarkan Setem NFT Pertama Negara!

343

Pos Malaysia BHD telah menerbitkan setem non-fungible token (NFT) pertama negara, malah menjadikannya sebagai penyedia perkhidmatan pos kedua di Asia Tenggara yang berbuat demikian selepas Thailand.

Dikatakan, inisiatif tersebut adalah kerjasama antara Pos Malaysia BHD bersama jenama kedai runcit tempatan A Piece of Malaysia (APOM) iaitu di bawah projek tahunan #Empatbelas sempena hari kebangsaan pada 31 Ogos dan Hari Malaysia pada 16 September.

Melalui satu kenyataan pada Khamis semalam, Pos Malaysia menyatakan bahawa setem NFT edisi terhad tersebut boleh ditebus melalui setiap pembelian set folder setem #Empatbelas Setem Ku edisi terhad.

Diterangkan juga, set folder setem itu mengandungi 14 setem fizikal yang direka oleh perwakilan artis setiap negeri di Malaysia.

Tambahnya lagi, Pos Malaysia mengungkapkan akan menjual 3,000 set setem pada harga RM59 setiap satu melalui dalam talian, pembelian runcit di kaunter setem dan pejabat pos Kuala Lumpur manakala pembelian di pejabat pos yang terpilih akan bermula pada Isnin minggu hadapan.

Selepas pembelian, pembeli mempunyai tempoh masa sehingga 31 Oktober untuk menebus satu daripada 14 reka bentuk setem NFT tersebut.

Menurut ketua pegawai eksekutif kumpulan Pos Malaysia Charles Brewer, menembusi dalam pasaran NFT merupakan matlamat penting bagi syarikatnya dalam melengkapkan tawaran pos tradisionalnya dengan pelbagai perkhidmatan dan produk digital.

Diulaskan juga bahawa kerjasamanya dengan Apom telah membuka peluang kepada artis tempatan untuk menunjukkan bakatnya bukan sahaja di Malaysia tetapi secara global kerana NFT boleh dikongsi atau didagangkan di peringkat antarabangsa.

Malah, beliau percaya projek itu sesungguhnya akan meningkatkan kecekapan serta hubungan sesama pelanggan dalam dunia yang sedang berkembang pesat ke arah digital.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat