Potensi 200 Pips Pergerakan Harga Pada GBP/USD Impak Pada Laporan Pekerjaan NFP

1,884

Mengikut sumber yang disalurkan kepada CNBC, Presiden Majlis Eropah Donald Tusk telah membenarkan UK untuk 12 bulan tempoh penangguhan yang lebih fleksibel untuk berundur dari Kesatuan Eropah.

Para pemimpin dalam Kesatuan Eropah akan menyatakan persetujuan mereka terhadap rancangan Tusk tersebut dalam persidangan pada minggu hadapan.

Laporan ini bakal memberi impak positif terhadap dagangan Pound berikutan tempoh penangguhan Brexit berkemungkinan bakal dilanjutkan. Hal ini juga akan memberi peluang buat Perdana Menteri Britain, Theresa May untuk mengaturkan strategi baru untuk pelan perjanjian Brexit beliau yang telah ditolak sebelum ini.

Sementara USD pula dilihat mula menunjukkan pergerakan yang perlahan menjelang laporan data pekerjaan NFP Amerika Syarikat beberapa jam sahaja lagi.

USD berjaya mencatatkan pengukuhan pada dagangan Khamis semalam berikutan faktor sentimen semasa pasaran yang memberi reaksi terhadap perkembangan rundingan dagang antara Amerika Syarikat dan China yang positif.

Jika dilihat pergerakan harga bagi pasangan matawang GBP/USD semalam, harga menyentuh paras resistance MagicR1 pada indicator Moshed Magic Line semalam sebelum penurunan harga ditunjukkan sehingga ke paras tumpuan pada 1.30700.

Bersambung pada sesi pasaran Asia pagi ini, harga kembali membuat kenaikan dari paras tumpuan tersebut menguji paras 1.31200 dan juga Magic Pivot pada indicator Moshed Magic Line hari ini. Namun harga kembali menunjukkan penurunan semula lebih rendah dari paras Magic Pivot 1.3108.

Jika harga membuat penurunan ke paras lebih rendah, jangkaan penurunan harga boleh mencecah sehingga 200 pips ke paras support 1.2893 (MagicS3) sekiranya laporan pekerjaan NFP menyokong pengukuhan USD.

Namun, jika harga kembali melonjak semula dan USD lemah selepas laporan pekerjaan NFP dikeluarkan, berkemungkinan kenaikan harga akan menuju ke paras resistance 1.32300 untuk harga menguji zon resistance tersebut dengan mencatatkan sekitar 140 pips lonjakan harga.

Lihar gambar chart pasangan matawang GBP/USD di bawah untuk rujukan teknikal analisis anda. Perhatikan paras support dan resistance pada indicator Moshed Magic Line yang turut menjadi paras tumpuan harga.

Paras support: 1.3025, 1.2976, 1.2983.

Paras resistance: 1.3156, 1.3240, 1.3288.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat