Potensi Ekosistem Flamingo ‘Menggerunkan’ Pasaran Kripto!

255

Flamingo merupakan platform kewangan desentralisasi (DeFi) yang berdasarkan kepada blok NEO dan protokol interoperabiliti rangkaian poli.

Rangkaian Flamingo menggabungkan beberapa aplikasi DeFi ke dalam satu ekosistem:

  • Cross-blockchain asset gateway (Wrapper)
  • Blockchain liquidity pool (Swap)
  • Blockchain asset vault
  • Perpetual contract trading platform (Perp)
  • Decentralized governance organization (DAO)

Pengasas Flamingo ialah Da Hongfei yang terkenal sebagai salah satu pesaing utama kepada Ethereum dan juga dikatakan Hongfei merupakan individu yang telah mengasaskan OnChain.

Flamingo meletakkan rangkaian mereka sebagai satu platform tunggal yang menggabungkan pelbagai tools kewangan desentralisasi kepada NEO untuk menjadi ekosistem umum melalui organisasi autonomi desentralisasi.

Melihat kepada carta FLM/USDT, pergerakan harga FLM terus mengekalkan trend bearish dan bergerak sedikit mendatar pada penghujung pasaran Jun.

Namun jika diperhatikan kepada pergerakan harga FLM, nampaknya harga pernah membuat kenaikan melebihi 800% pada pergerakan pasaran 2021 sebelum menyusut sebanyak 70% untuk menguji paras sokongan $0.32.

Dengan corak pergerakan yang perlahan ketika ini, ada kemungkinan harga bakal kembali menguji paras sokongan $0.32 dan mungkin bakal meneruskan penurunan yang lebih rendah.

Penurunan yang lebih rendah dijangkakan bakal menuju ke paras yang sukar untuk ditembusi pada penghujung pasaran Januari di sekitar paras harga $0.23.

Sekiranya harga FLM berjaya membuat lonjakan semula, paras SBR (support become resistance) sekitar $0.42 akan diuji sebelum harga dijangka bakal menuju ke paras harga yang lebih tinggi.

Untuk kenaikan seterusnya, penganalisis menjangkakan harga akan menuju ke paras SBR $0.56 untuk meneruskan rentak kenaikan.

Jika pergerakan harga terus menembusi paras SBR $0.56 itu, harga dijangka bakal memberi isyarat yang positif untuk perubahan trend FLM.

Setakat jam 11.30 pagi waktu tempatan, harga FLM susut melebihi 5% untuk diperdagangkan di paras harga sekitar $0.36.

Lihat gambar carta matawang kripto FLM/USDT di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat