Potensi Penurunan 120 Pips GBP/JPY Jika Dagangan Sterling Terus Merosot

528

Pound Sterling dilihat sebagai matawang paling berisiko untuk didagangkan pada minggu ini berikutan beberapa faktor yang memberi tekanan terhadap matawang British tersebut.

Antara faktor utama yang menjejaskan dagangan GBP adalah ketidaktentuan politik yang melanda Britain. Pemilihan pemimpin baru bagi menggantikan Theresa May akan berlangsung pada minggu ini dan calon utama yang dilihat menjadi pilihan adalah Boris Johnson.

Berdasarkan data ekonomi pula, data pertumbuhan GDP UK yang dikeluarkan semalam mencatatkan bacaan yang menurun berbanding angka sebelum ini dan juga jangkaan pasaran.

Pada sesi pasaran Eropah hari ini pula, pelabur menumpukan fokus terhadap laporan data pekerjaan di Britain di mana indeks purata pendapatan dan kadar pengangguran menjadi perhatian. Data yang dikeluarkan dilihat positif dengan bacaan bagi indeks purata pendapatan sedikit tinggi iaitu 3.1% berbanding jangkaan penurunan 2.9% oleh pasaran. Manakala kadar pengangguran kekal di paras 3.8% tidak berubah seperti bacaan sebelumnya.

Secara teknikal, dapat dilihat pergerakan harga pada chart pasangan matawang GBP/JPY gagal meneruskan kenaikan pada minggu lalu dengan harga mula menunjukkan tanda-tanda penurunan.

Matawang safe-haven Yen pula bakal mendapat permintaan kembali berikutan ketegangan perang dagang antara Amerika Syarikat dan China masih berlanjutan. Trump menyatakan akan meneruskan tindakan kenaikan kadar tarif terhadap China jika rundingan bersama Presiden Xi Jinping gagal mencapai kesepakatan pada persidangan negara G20 di Osaka Jepun, penghujung bulan ini.

Dapat dilihat harga pada GBP/JPY yang membuat kenaikan semalam menguji paras resistance MagicR1 pada indicator Moshed Magic Line semalam kembali membuat penurunan ke paras support sekitar 137.500.

Dagangan yang bersambung pada sesi Asia hari ini melihatkan harga cuba membuat kenaikan menguji paras Magic Pivot 137.753 hari ini sehingga awal sesi pasaran Eropah bermula dan mencecah paras resistance 138.033 (MagicR1) selepas laporan pekerjaan UK dikeluarkan sebentar tadi.

Jika harga terus membuat kenaikan, harga bakal menguji paras ketinggian yang dicapai semalam sekitar 138.200 yang turut berada pada zon SBR (support become resistance) terdekat.

Kenaikan seterusnya dijangka akan menuju ke paras SBR seterusnya pada 138.500 yang juga merupakan paras resistance (MagicR2) pada indicator Moshed Magic Line hari ini.

Namun jika dagangan GBP kekal lemah, harga berkemungkinan akan kembali ditekan semula sehingga ke paras yang lebih rendah. Penurunan awal akan cuba melepasi paras terendah dagangan harian semalam pada 137.500.

Penurunan lebih rendah bakal menguji semula zon support pada 136.600 yang gagal ditembusi harga pada dagangan awal Jun ini dan mencatatkan sekitar 120 pips penurunan harga ke paras tersebut dari paras Magic Pivot hari ini.

Lihat gambar chart pasangan matawang GBP/JPY di bawah untuk rujukan teknikal analisis anda. Perhatikan paras support dan resistance pada indicator Moshed Magic Line untuk membantu anda mengawal risiko dalam dagangan.

Paras support: 137.257, 136.977, 136.481.

Paras resistance: 138.033, 138.529, 138.809.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat