Pound Bergelora Pada Pembukaan Sesi Pasaran Eropah

477

Mata wang pound susut lebih rendah pada sesi Eropah, ditekan oleh dagangan US dolar yang kembali memaparkan kenaikan berbanding mata wang utama.

Pasaran mata wang umumnya bergerak tenang pada awal minggu dengan pergerakan masih berlegar di sekitar harga yang sama.

Pound sterling sebelum ini telah dibantu oleh keyakinan yang meningkat bahawa Bank Pusat England (BOE) akan menaikkan kadar faedah bagi menangani masalah tekanan harga yang tinggi.

Pasaran kini menjangkakan kadar faedah akan dinaikkan oleh BOE pada mesyuarat polisi yang akan berlangsung pada 4 November.

Bagaimanapun, data terbaru UK yang diterbitkan minggu lepas menunjukkan bacaan bercampur-campur menyebabkan pelabur meragui tindakan yang akan diambil bank pusat.

Minggu lalu, pelabur telah diperlihatkan dengan kemerosotan dalam bacaan data inflasi dan jualan runcit. Namun, angka yang lebih kukuh dalam data PMI pembuatan dan perkhidmatan, memberi pandangan berbeza bahawa momentum pemulihan ekonomi UK masih kuat.

Ketika penulisan, mata wang pound didagangkan susut pada 1.3745 berbanding USD, gagal mengekalkan momentum untuk kukuh pada 1.3800.
Sementara indeks dolar pula meningkat lebih tinggi ke sekitar harga 93.75 berbanding sekumpulan mata wang utama.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat