Pound Dah Cecah $1.4000, Lepas Ni Ke Mana?

374

Setelah turun di bawah 1.6%, hasil bon AS 10 meningkat lebih tinggi ketika sesi Eropah pada 1.62%. Peningkatan ini memberi dorongan buat pasangan matawang USD/JPY untuk meningkat sedikit dan didagangkan di sekitar harga 108.66.

Bagaimanapun, dagangan matawang US dolar kekal lemah di tahap terendah enam minggu berbanding kebanyakan matawang utama.

Kelemahan ini terus memberi manfaat buat kebanyakan matawang utama untuk meningkat lebih tinggi.

Matawang pound sedikit susut selepas mencapai harga 1.4000 pada awal sesi Eropah, tetapi kekal didagangkan tinggi di sekitar 1.3990 berbanding US dolar.

Penerbitan data pekerjaan UK yang memberangsangkan telah memberi sokongan tambahan buat matawang itu ke puncak tertinggi enam minggu berbanding USD yang lemah.

Kadar pengangguran UK turun kepada 4.9% dalam tempoh tiga bulan hingga Februari dari 5.0% yang dianggarkan sebelumnya. Bacaan yang dicatatkan juga lebih baik dari jangkaan untuk kenaikan 5.1%.

Sementara itu, matawang euro terus kukuh di atas harga 1.2000 berbanding USD, dengan dorongan daripada jangkaan pemulihan yang lebih kuat susulan pelancaran vaksin di Eropah.

Berita positif mengenai Pfizer dan BioNtech yang akan membekalkan tambahan $100 juta dos vaksin kepada Kesatuan Eropah (EU), disambut baik oleh pasaran.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat