Pound Junam, USD Pertahan Pengukuhan

230

Pembukaan pasaran sesi Eropah melihatkan mata wang pound merosot ke paras terendah hampir tiga minggu susulan ketidaktentuan politik di UK yang menyebabkan Perdana Menteri Boris Johnson hampir dipecat.

Dalam gerakan yang pada mulanya dianggap khabar angin, ahli-ahli parlimen Konservatif atau Tory telah mengusulkan cadangan untuk mengadakan undi percaya ke atas PM Johnson pada Isnin.

Bagaimanapun, Boris Johnson bernasib baik selepas majoriti daripada ahli parlimennya masih menyokong beliau, dengan 59% berpihak kepadanya sementara 41% lagi menentang.

Namun, melihat kepada jumlah ahli yang membuang undi, ini menunjukkan bahawa kepimpinan PM Johnson bagai telur di hujung tanduk.

Sementara itu, peningkatan dolar Aussie susulan keputusan mengejut Bank Pusat Australia (RBA) untuk meningkatkan kadar lebih tinggi dari dijangkakan, terus terbatas disebabkan US dolar yang lebih kuat.

RBA  menaikkan kadar faedah sebanyak 50 mata asas kepada 0.85%, meleset daripada jangkaan pasaran untuk kenaikan hanya 25 mata asas.

Dolar Amerika terus melanjutkan pengukuhan disokong oleh keyakinan pelabur untuk Federal Reserve (Fed) meneruskan langkah agresif dalam mengetatkan dasar monetarinya selepas menyaksikan data NFP yang kukuh.

Dalam pada itu, mata wang euro pula membataskan penurunan di tengah-tengah jangkaan hawkish pelabur menjelang mesyuarat polisi Bank Pusat Eropah (ECB) pada hari Rabu.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat