Pound Melonjak Sebelum Undian Penting Parlimen Mengenai Brexit.

921

Pasaran Eropah dibuka lebih tinggi pada dagangan hari ini menjelang undian yang paling penting di Brexit di mana ia akan menentukan sama ada UK boleh bersetuju dengan terma Kesatuan Eropah ataupun sama ada ahli Parlimen Britain mengundi untuk pelanjutan Brexit.

Matawang Pound Sterling hari ini bangkit pada awal dagangan Selasa selepas Perdana Menteri Theresa May memperoleh perubahan pada minit terakhir dari Kesatuan Eropah untuk perjanjiannya sebelum undian penting di peringkat Parlimen sebentar nanti.

Sementara itu, matawang Euro yang bergelut baru-baru ini disebabkan oleh isyarat yang dovish dari European Central Bank (ECB), mendapat sedikit sokongan pada hari ini berbanding USD apabila sentimen terbaru Brexit dikhabarkan positif.

Dalam kalendar ekonomi sesi Eropah, pengeluaran pembuatan United Kingdom hadir pada bacaan yang menurun sebanyak 1.1% pada Januari 2019, tidak mencapai jangkaan pasaran sebanyak 1.9%. Namun begitu, data ini tidak dapat memberi sebarang kesan terhadap Pound buat masa ini.

Menjelang pasaran sesi New York, para pelabur bakal menerima berita ekonomi daripada Amerika Syarikat iaitu kadar inflasi yang merupakan salah satu indikator ekonomi penting buat Amerika Syarikat di mana ramalan pasaran terhadap data ini dijangka menaik selepas kadar upah meningkat naik.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat