Pound Sterling Menutup Kerugian Minggu Lalu, GBP/USD Melonjak Naik 90 Pip

62

Sterling yang dibuka rendah berbanding dolar hari ini, mengukuh dengan GBP/USD naik hampir 90 pips daripada paras terendah sesi lalu ke paras 1.3569, menjelang Laporan Jawatankuasa Dasar Kewangan Bank Pusat England (FPC) pada jam 5.30 petang ini.

Sterling pulih berbading dolar daripada kerugian hari Jumaat yang lalu selepas perdana menteri UK, Theresa May berkongsi sedikit maklumat baru tentang bagaimana perlaksanaan Brexit selepas ini.

May menjangkakan tempoh pemindahan sekitar dua tahun untuk UK meninggalkan sepenuhnya kesatuan Eropah, jadi akses kepada pasaran Eropah ketika ini akan berlangsung mengikut syarat yang telah ditetapkan.

Selepas ucapan May, Agensi penarafan kredit (credit rating) Moody mengumumkan penurunan penarafan kredit UK kepada Aa2 dengan menyatakan pelan kerajaan untuk mengurangkan beban hutang tidak selari dengan tindakan mereka, dan Brexit akan terus menekan ekonomi. GBP/USD merudum jauh ke paras 1.3450 selepas laporan ini dikeluarkan.

Laporan FPC yang dikeluarkan hari ini dijangka akan mengutarakan kebimbangan kredit yang semakin meningkat. Dengan nada yang lebih berhati-hati keyakinan terhadap kenaikan kadar faedah dijangka akan meningkat sekali gus mengukuhkan pembelian pound sterling.

Pasangan matawang GBP/USD kini stabil di atas paras 1.3500, naik 0.19% daripada pembukaan harga pasaran hari ini kepada 1.3536 setakat jam 4.40 petang.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat