Pound Terjun Manakala US Dollar Terus didagang Stabil dalam Sesi Eropah

38

US Dollar didagang stabil berbanding sekumpulan matawang utama yang lain berikutan data laporan pekerjaan AS yang bercampur-campur masih lagi menyokong potensi kenaikan kadar pada tahun ini. Pound juga jatuh mendadak berikutan kebimbangan terhadap “hard Brexit” yang masih menjadi tumpuan dalam masa terdekat.

US Dollar Index yang mengukur kekuatan US Dollar kali terakhir dinilai pada 102.25.

Jabatan Buruh melaporkan pada Jumaat bahawa ekonomi AS menambah kira-kira 156,000 pekerjaan bagi bulan Disember, berbanding jangkaan pertumbuhan sebanyak 178,000 pekerjaan.

Namun begitu, kadar pertumbuhan gaji dicatat meningkat kepada 2.9 peratus bagi bulan Disember.

Data pekerjaan yang dikeluarkan ini juga cukup kuat untuk menunjukkan bahawa ekonomi negara sedang berada pada tahap yang paling kukuh untuk menolak kadar dengan lebih tinggi.

Dalam sesi ini juga Pound dicatat melemah berbanding Euro dan Dollar dengan GBP/USD dicatat susut sebanyak 0.8 peratus.

GBP/USD, 30 minit

Jualan besar-besaran terhadap matawang Sterling ini juga berdasarkan komen Theresa May yang dikatakan TIDAK akan berunding bagi mendapatkan akses penuh ke pasaran tunggal selepas Brexit.

Tips Secara Santai dengan Hati yang Tenang

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat