Powell Bernada ‘Dovish’, US Dolar Melingkup Lagi!

954
  • Powell nyatakan Fed berada pada landasan untuk pemotongan kadar faedah
  • Data ADP beri petunjuk awal untuk NFP
  • USD lemah, emas cipta sejarah harga tertinggi

Beberapa perkara telah menjadi tumpuan hangat di sesi New York semalam sehingga pelabur menyaksikan US dolar susut lebih ketara, menyambung prestasi suram sejak awal minggu.

Pertama, laporan data pekerjaan ADP untuk sektor swasta di Amerika Syarikat (AS) hadir dengan angka pertambahan 140,000 pekerjaan untuk bulan Februari.

Angka tersebut adalah sedikit rendah berbanding ramalan, namun mengatasi bacaan pada bulan sebelumnya.

Kedua, data JOLTS yang mengira jumlah tawaran pekerjaan yang telah dibuka di AS pada bulan Januari lalu, menunjukkan bacaan sedikit melebihi ramalan, namun angka adalah lebih rendah berbanding bacaan terdahulu yang turut dikemaskini menurun.

Dan seterusnya yang menjadi tumpuan penting pasaran semalam, adalah testimoni Pengerusi Federal Reserve (Fed) Jerome Powell di Washington DC.

Dalam ucapan pembukaan di Kongres, Powell memberi isyarat bahawa bank pusat berada pada landasannya untuk menurunkan kadar faedah pada tahun ini.

Namun kepastian akan bergantung kepada perkembangan inflasi semasa dengan spekulasi dalam pasaran ketika ini mencadangkan pemotongan kadar faedah oleh Fed akan bermula pada Jun.

Walaupun tidak memberikan petunjuk jelas berkenaan waktu pemotongan kadar faedah tersebut, namun ucapan Powell yang dinilai bernada dovish itu mengundang kejatuhan nilai US dolar semalam.

Seperti yang diberi amaran oleh penganalisis, gelora dagangan US dolar akan berterusan menuju sehingga ke penghujung minggu dengan laporan data pekerjaan NFP pula akan menanti.

Kebanyakan mata wang utama berjaya paparkan peningkatan nilai ke paras ketinggian terbaru minggu ini dengan situasi suram US dolar yang berterusan itu.

Mencipta sejarah baru semalam adalah dagangan emas yang berjaya melonjak mengatasi paras dicapai pada Disember 2023, sekaligus merekodkan paras tertinggi sepanjang masa (all-time high) terbaru mencapai sekitar $2,152.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat