Powell Perkukuhkan Prospek Penurunan Kadar – Apa Yang Berlaku Pada Bursa Asia Tenggara?

283

Kebanyakkan bursa saham Asia Tenggara pada hari ini ditutup tinggi. Bursa Filiphina mencatat peningkatan sehingga 1% berikutan Pengerusi Rizab Persekutuan (Fed), Jerome Powell memperkukuhkan prospek penurunan kadar faedah Amerika Syarikat akhir bulan ini.

Powell memberi isyarat penurunan kadar dengan menjelaskan bahawa laporan data pekerjaan tidak memberi banyak perubahan terhadap unjuran. Dengan itu, pasaran yakin bank pusat bakal menurunkan kadar faedah sekurang-kurangnya kepada 25 mata asas pada bulan ini.

Bursa pasaran saham Filiphina melonjak 2 sesi berturut-turut didorong oleh saham positif dalam sektor perbankan dan hartanah. Pemaju hartanah SM Prime Holdings Inc naik 1.8% manakala Unibank Inc naik 1.9%.

Bagi pasaran Singapura, Bursa saham Singapura menunjukkan peningkatan kerana didorong sektor kewangan apabila DBS Group Holdings Ltd dan United Overseas Bank Ltd masing-masing naik 0.8% dan 0.1%.

Bursa Saham Vietnam turut menunjukkan peningkatan kerana didorong oleh saham tenaga dan kewangan. Begitu juga dengan saham Indonesia yang ditutup tinggi kerana didorong oleh saham kewangan.

Bursa Malaysia pada awalnya menunjukan kemerosotan namun pulih semula daripada penurunan sebelumnya kemudian ditutup tinggi sedikit disokong oleh sentimen belian yang bertambah baik dalam saham permodalan bersaiz sederhana Syariah dan konvensional.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat