Presiden AS Bentang Belanjawan Kripto Bagi Sesi 2023

650

Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden, telah membentangkan draf belanjawan untuk mata wang digital bagi sesi 2023 semalam.

Difahamkan anggaran pendapatan yang mampu dijana pentadbiran ini mampu mencecah $11 bilion dalam jangka masa 2023 sehingga 2032, bersama-sama mencapai usaha Jabatan Kehakiman (DOJ) untuk menangani ancaman siber yang melibatkan ransomware dan penggunaan mata wang kripto.

Pendapatan bernilai $5 bilion mampu dicapai sepanjang 2023 dengan perlaksanaan undang-undang baharu berkaitan laporan perakaunan dan kewangan tentang aset digital.

Laporan aset digital, merangkumi:

  • Laporan daripada pembayar cukai tertentu bagi akaun aset digital asing
  • Laporan maklumat oleh institusi kewangan dan broker kripto
  • Laporan yang mengelaskan pinjaman sekuriti sebagai bebas cukai termasuk kelas aset dan pendapatan lain

Belanjawan tersebut turut menyebut peruntukan $52 juta untuk perlantikan lebih ramai ejen, pembaikan kebolehan tindak balas, dan mengukuhkan keupayaan perisikan dari aspek pengumpulan dan analisis maklumat.

Pelaburan yang dibentangkan oleh Biden ini selaras dengan strategi pentadbiran untuk mengatasi ransomware yang menganggu aktiviti dan memerangi penyalahgunaan mata wang kripto.

Ia dijangka berkuat-kuasa pada 31 Disember 2022.

Ini merupakan perkembangan terbaru mengenai mata wang kripto di negara itu selepas Biden menandatangani perintah eksekutif pada awal Mac.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat