Presiden Biden & McCarthy Setuju Naikkan Siling Hutang AS!

598

Amerika Syarikat berjaya mengelak daripada krisis ekonomi yang besar dengan mencapai kesepakatan dalam menaikkan siling hutangnya.

Pada hujung minggu, Presiden Joe Biden dan Speaker Dewan Kevin McCarthy telah memuktamadkan perjanjian belanjawan sebagai salah satu langkah untuk menyelesaikan isu tersebut.

Antara ‘kompromi’ yang dibuat dalam perjanjian tersebut adalah AS tidak boleh meningkatkan perbelanjaan bukan pertahanan sehingga tahun 2025 dan menarik balik dana bantuan Covid yang tidak digunakan.

Selain itu, mereka akan mempercepatkan proses kebenaran untuk beberapa projek tenaga dan memasukkan keperluan kerja tambahan untuk program bantuan makanan bagi rakyat yang miskin.

Menerusi perjanjian tersebut juga, AS akan menggantung had hutang hingga 1 Januari 2025.

Rang undang-undang yang mengandungi 99 muka surat itu akan membenarkan perbelanjaan keselamatan pada tahun fiskal 2024 sehingga lebih $886 bilion, dan $703 bilion untuk perbelanjaan bukan keselamatan bagi tahun yang sama.

Ia juga akan membenarkan kenaikan 1% untuk perbelanjaan keselamatan pada tahun fiskal 2025.

Walaupun kesepakatan telah dicapai, tetapi rang undang-undang tersebut masih perlu melalui proses undian oleh Dewan Rakyat (majoriti Republikan) dan Senat (majoriti Demokrat).

Sekiranya mendapat kelulusan kedua-dua Dewan, ia akan dibawa terus ke Presiden Biden untuk ditandatangani menjadi undang-undang dan dilaksanakan.

Anda juga boleh mengintai peluang-peluang yang disajikan oleh INTRADAY melalui program komuniti, pendaftaran akaun trading dan bermacam-macam lagi. Untuk info lanjut, KLIK DI SINI.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat