Presiden Donald Trump Dan Mark ZuckerBerg Ada Hubungan Istimewa?

333

Ketika berlangsungnya World Economic Forum di Davos, Switzerland, pelabur terkemuka dunia, George Soros telah mendakwa bahawa terdapat satu perjanjian telah dimaterai antara Presiden Donald Trump dan Facebook.

Tambahan daripada itu, beliau mengatakan bahawa Brad Parscale, pengarah digital kempen presiden tersebut pada 2016 yang kini berkhidmat sebagai pengurus kempen berkata bahawa Trump telah dibantu oleh Facebook. Oleh yang demikian, jelaslah bahawa telah terjalin sebuah hubungan istimewa antara kedua-dua belah pihak.

Seterusnya, George Soros turut mendedahkan bahawa Facebook akan memberikan bantuan kepada Trump dalam proses pilihan raya dan mempertahankan beliau daripada serangan media. Di samping itu, beliau mengemukakan bukti bahawa pada September tahun lalu, telah berlangsungnya sebuah mesyuarat antara CEO Facebook, Mark Zuckerberg dan Presiden Donald Trump di White House.

Bukan itu sahaja! George Soros mengeluarkan sebuah kenyataan bahawa Mark Zuckerberg dan COO syarikat media sosial gergasi tersebut, Sheryl Sandberg akan kehilangan kuasa mereka dalam mengawal syarikat itu.

Rentetan daripada itu, Facebook telah menyangkal dakwaan tersebut pada Jumaat lalu. Salah seorang jurucakap Facebook berkata bahawa mereka menghormati hak George Soros untuk menyuarakan pendapatnya tetapi, perkara tersebut adalah tidak benar. Hal ini demikian kerana kerjasama dengan mana-mana tokoh atau parti politik adalah bertentangan dengan nilai dan gerak kerja mereka.

Selain itu, mereka sentiasa memastikan platform rangkaian media sosial berkenaan selamat dan menghalang campur tangan asing dalam pilihan raya seluruh dunia serta memerangi penyebaran maklumat yang salah.

Hakikatnya, hubungan antara syarikat media sosial berkenaan dengan George Soros mula meruncing sejak World Economic Forum 2018 apabila pelabur terkemuka dunia berkenaan mendakwa bahawa Facebook dan Google menipu dan menjadi dalang monopoli yang kuat.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat