Presiden ECB Christine Lagarde Seru Kepada Dasar Fiskal Dalam Ucapan Pertama Beliau!

329

Presiden Bank Pusat Eropah (ECB), Christine Lagarde seru kepada dasar campuran dengan mengatakan bahawa pelaburan awam harus ditingkatkan bagi meringankan beban rangsangan monetari dan memastikan rantau Eropah mampu berkembang dalam berhadapan ketidakpastian ekonomi dunia.

“Ketegangan perdagangan yang sedang berlangsung dan ketidakpastian geopolitik telah menyebabkan kelembapan dalam pertumbuhan perdagangan dunia dimana telah lebih satu tahun setengah ia berlangsung sejak tahun lalu. Hal ini dimana secara tak langsung telah menekan pertumbuhan global ke paras terendah sejak krisis kewangan lalu ”kata beliau dalam pidato pertama beliau sebagai Presiden ECB.

Tamabah Lagarde institusi beliau akan terus mendukung zon ekonomi Eropah. Namun beliau menekankan dasar fiskal sebagai elemen penting bagi mengatasi dua cabaran utama yang dihadapi oleh blok Eropah iaitu perubahan perdagangan global dan pertumbuhan domestik yang semakin berkurangan. Data terkini juga menunjukkan kelembapan semasan semakin buruk.

Indeks tempahan pengurus yang dikeluarkan pada hari Jumaat menunjukkan ekonomi zon Eropah lemah pada bulan ini dengan kejatuhan dalam aktivit perkhidmatan. Ini menunjukkan sektor pembuatan semakin lembap terutama di Jerman.

Lagarde juga menekankan bahawa “Eropah perlu berinovasi dan meningkatkan pelaburan sebagai tindak balas dalam berhadapan dengan cabaran bakal dihadapi dan meningkat daya saing dalam jangka panjang. ”

Zon Eropah dijangka akan bertumbuh pada kadar 1.1% tahun ini dan 1.2% pada tahun 2020 berdasarkan jangkaan yang dikeluarkan oleh ECB pada bulan September. Jangkaan ini diturunkan dari jangkaan sebelumnya yang telah dikeluarkan pada bulan Jun.

Akhir sekali, Lagarde berpendapat bahawa zon Eropah harus tetap terbuka untuk perdagangan yang bercorak multilateral, dan dalam masa memberi tumpuan pada pasaran domestik.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat