Presiden Fed Chicago Tampil Beri Pencerahan Persoalan Kenaikkan Kadar!

316

Presiden Rizab Persekutuan Chicago Charles Evans tampil berkongsi pandangan mengenai hala tuju dasar monetari.

Susulan laporan pekerjaan yang mengecewakan pada hari Jumaaat, Evans berpendapat bahawa sektor pekerjaan masih lagi kuat walaupun terdapat banyak kelemahan. Lanjut Evans, banyak sektor yang mengalami pertumbuhan. Justeru beliau beranggapan dan berharap data pekerjaan akan meningkat pada bulan Mei.

Gaji bukan pertanian meningkat hanya 266,000 pada bulan April, jauh di bawah anggaran 1 juta. Itu menjadikan jumlah pekerjaan lebih daripada 7.5 juta di bawah Februari 2020, sebulan sebelum pengisytiharan pandemik Covid-19.

Evans menyatakan bahawa pasaran pekerjaan terus mendapat sokongan dasar yang kuat melalui pakej rangsangan bernilai triliunan dolar yang dibelanjakan dalam dasar Kongres dan the Fed sendiri.

Namun yang masih menjadi persoalan tentang bilakah the Fed akan menarik kembali langkah yang dilaksanakan ketika ini. Bagi Evans, perkara ini memerlukan sedikit masa untuk menilai dan melihat data terlebih dahulu.

Selain jumlah pekerjaan yang lemah, inflasi tetap di bawah sasaran purata 2% Fed. Evans mengatakan mungkin akan mengambil masa berbulan-bulan untuk mencapai sasaran itu.

Tamsilnya, pada ketika ini data yang akan menentukannya. Perhatian harus diberikan jika data pekerjaan dan inflasi mencapai sasaran.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat