Presiden Fed New York Sokong Kenaikan Kadar 5.25%, Pasaran Kripto Terciduk!

146

“Berbeza pendapat berbeza pandangan, jadi Fed perlulah buat keputusan sewajarnya.”

Harga raja mata wang kripto Bitcoin (BTC) tergelincir melebihi 2% selepas Presiden Federal Reserve (Fed) New York, John Williams bersetuju dengan kenyataan pegawai Fed yang ingin menaikkan kadar faedah sebanyak 50 mata asas pada 2023.

Pun begitu, Fed yang pernah menyatakan untuk sasarkan inflasi pada 2% telah akibatkan Williams memberi pandangan sebaliknya susulan Amerika Syarikat (AS) seharusnya mendapatkan bekalan dan permintaan seimbang terlebih dahulu bagi menurunkan inflasi.

Williams turut berpendapat kenaikan kadar faedah 5.00% hingga 5.25% masih munasabah walaupun pegawai Fed meramalkan 5.1% menjelang akhir tahun 2023.

Umum mengetahui bahawa Fed menaikkan kadar faedah sebanyak 25 mata asas kepada 4.75% pada minggu lepas ketika inflasi melihat penurunan dan pengukuhan data pekerjaan.

Rentetan itu, Williams sungguh yakin kenaikan kadar selanjutnya akan bergantung pada penerbitan data pada masa hadapan.

Sehingga setakat ini, harga BTC berlegar pada paras $22,950 daripada $23,300 dalam tempoh 24 jam terakhir sementara Indeks Dolar AS (DXY) dilaporkan melonjak apabila terdapat khabar mengatakan Fed mungkin akan naikkan kadar faedah pada tahun ini.

Dalam pada itu, aset digital seperti Ethereum (ETH), Dogecoin (DOGE), Cardano (ADA), Shiba Inu (SHIB) dan lain-lain juga junam sekitar 2% dalam tempoh 24 jam lalu.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat