Presiden Putin Nyatakan Kesediaan Untuk Berunding Dengan Ukraine!

3,956

Laporan terkini dari akhbar utama seperti Reuter melaporkan bahawa Rusia bersedia menghantar delegasi ke ibu negara Belarus Minsk untuk berbincang dengan Ukraine, kata jurucakap Kremlin pada hari Jumaat. Kenyataan tersebut dikeluarkan ketika Presiden Vladimir Putin memberitahu rakan sejawatannya dari China Xi Jinping bahawa Rusia bersedia untuk menjalankan rundingan serius dengan Ukraine.

Jurucakap Dmitry Peskov memberitahu agensi berita Rusia bahawa Rusia bersedia menghantar delegasi termasuk pegawai kementerian luar dan pertahanan. Di pihak Ukraine, mereka sebelum ini telah menyatakan kesediaan untuk membincangkan mengenai konflik agar kata sepakat dapat dicapai.

Peskov menyatakan pengundunduran atau penarikan kumpulan ketenteraan adalah menjadi bahagian penting yang akan diperbincangkan. Presiden China Xi Jinping, dalam panggilan udengan Vladimir Putin menyatakan bahawa beliau menyokong penyelesian krisis Ukraine melalui perbincangan.

Dalam siaran negara China CCTV pada hari Jumaat ada memaklumkan bahawa situasi di timur Ukraine kini mula menunjukkan perubahan dan China menyokong Rusia dan Ukraine untuk menyelesaikan isu itu melalui rundingan.

Tentera Rusia telah melancarkan pencerobohan besar-besaran ke atas Ukraine dengan melancarkan beberapa siri serangan beberapa hari lalu selepas beberapa minggu usaha diplomatik menemui kegagalan.

China disisi lain menyatakan kesediaan untuk bekerjasama dengan semua pihak dalam komuniti antarabangsa untuk menyokong konsep keselamatan yang sama.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat