Prestariang Group Cetus ‘Ribut’ Dalam Bursa Malaysia

488

Saham Prestariang Group Bhd melonjak sebanyak 20.78% hari ini selepas syarikat itu menerima kontrak yang bernilai kira-kira RM50 juta daripada Menteri Besar Selangor (Inc) (MBI) bagi membangunkan dan melaksanakan Program Selangor Kerjaya.

Pada pagi tadi, saham syarikat itu yang paling aktif didagangkan, meningkat sebanyak 8 sen kepada 46 sen. Saham tahun ke tarikh semasa (YTD) Prestariang turut melonjak kira-kira 27%.

Kontrak berkenaan diberikan kepada anak syarikat milik penuhnya iaitu Prestariang Systems Sdn Bhd (PSSB).

Menurut kenyataan Prestariang Group kepada Bursa Malaysia semalam, syarikat terbabit memaklumkan tugas yang akan dilaksanakan oleh PSSB termasuk merekrut, melatih dan mengatur penempatan kerjaya untuk 10,000 pencari pekerjaan yang tinggal di Selangor serta pelajar yang berkelulusan daripada institusi pengajian di negeri itu.

Di bawah program tersebut, PSSB akan memberikan analisis serta risikan kepada kerajaan Selangor bagi meningkatkan peluang pekerjaan kepada penduduk di negeri itu pada masa akan datang.

Kontrak selama tiga tahun itu telah bermula sejak 1 November lalu.

Nilai sebenar kontrak berkenaan adalah berdasarkan kepada jumlah calon terlatih dan penempatan pekerjaan dalam tempoh kontrak tersebut.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat