Prestasi Buruk Saham Netflix Berterusan

337

Saham Netflix merosot lebih 4 peratus semalam dan sedang berada di ambang kejatuhan yang paling teruk dalam laporan suku tahunannya untuk tempoh tujuh tahun. Ini kerana kerisauan mengenai gelombang persaingan yang bakal dihadapi dari Walt Disney dan pesaing yang lain.

Netflix telah kehilangan lebih daripada 30 peratus nilai saham mereka sejak Julai lalu dan jika penurunan ini berterusan, ianya akan menjadi prestasi suku tahunan paling buruk di dalam sejarah saham syarikat aliran video itu.

Perkhidmatan yang akan datang dari Walt Disney dan Apple telah menambah kebimbangan mengenai pertumbuhan pelanggan Netflix yang semakin perlahan dan peningkatan kos juga berlaku kerana mereka meningkatkan perbelanjaan untuk menerbitkan siri teratas seperti “Stranger Things” dan “The Crown”.

Dilihat sebagai ancaman yang paling bahaya kepada Netflix, Disney+ yang akan dilancarkan pada 12 November akan hadir dengan rancangan TV dan filem baru dan klasik dari beberapa francais hiburan yang paling popular di dunia.

Saham Disney naik 14% sejak 11 April apabila mereka melancarkan perkhidmatan barunya. Perkhidmatan Apple TV+ yang akan menemui pelanggan pada 1 November akan menambah lagi persaingan sedia ada daripada Amazon.com, Hulu dan lain-lain.

Saham Netflix pula berada pada nilai $254.59, turun $11.33 atau 4.26%. Pada suatu ketika saham Netflix pernah didagangkan melebihi $400 sesaham ketika pertengahan tahun 2018 dan kini pergerakan saham syarikat itu berada pada kedudukan “bearish”.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat