Prestasi Dolar Loonie Mengecewakan Walaupun USD Junam! Kenapa Begini?

146

Ketika kebanyakan mata wang utama meraih pengukuhan ekoran kelemahan greenback, dolar Kanada pula mencatat prestasi kurang memberangsangkan.

Ini diperlihatkan pada carta mata wang pasangan mata wang USD berbanding dolar Kanada yang bergerak mendatar pada Khamis dan bersambung pada sesi dagangan hari ini.

Terdahulu, kenyataan bernada dovish Pengerusi Federal Reserve (Fed) telah mendorong kejatuhan mendadak raja USD dan memacu lonjakan besar-besaran mata wang utama.

Namun berbeza pula dengan dolar Kanada yang hanya mampu mempamerkan sedikit perubahan pada harga.

Antara faktor yang menyebabkan kelemahan ini adalah jangkaan pelabur bahawa Bank of Canada (BOC) juga akan melaksanakan kenaikan kadar faedah yang lebih rendah.

Sejak mesyuarat polisi September, BOC telah mula mengurangkan kadar kenaikan secara beransur-ansur daripada 100 mata asas kepada 75 mata dan 50 mata pada Oktober.

Pelabur kini meletakkan jangkaan bahawa bank pusat itu akan menaikkan kadar hanya 25 mata asas sahaja pada mesyuarat yang akan berlangsung minggu depan (7 Disember).

Laporan pekerjaan Kanada untuk November pada sesi New York mungkin boleh menawarkan petunjuk lanjut mengenai kekuatan ekonomi negara dan jangakan untuk penetapan dasar BOC selanjutnya.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat