Prestasi Maxis Terumbang-Ambing, Keuntungan Bersih Q2 Jatuh 8.61%

188

‘Pengguna Maxis ok ke tu?’

Syarikat telekomunikasi (telco) Maxis Bhd mencatat laporan keuntungan suku ke-2, berakhir 30 Jun (2QFY22), menurun berbanding setahun lalu ekoran penyusutan nilai dan kos pelunasan yang tinggi serta cukai makmur.

Meneliti laporan yang diterbitkan, keuntungan bersih syarikat turun 8.61% pada RM329 juta dari RM360 juta setahun lalu.

Pendapatan sesahamnya juga jatuh 4.2 sen dari 4.6 sen sebelumnya sementara hasil dilihat meningkat 6.6% pada RM2.42 bilion dari 2.27 bilion pada tahun sebelumnya, dibantu oleh pengukuhan perniagaan pengguna dan perusahaannya.

Sementara itu, syarikat mengisytiharkan dividen interim ke-2 sebanyak 5 sen sesaham yang akan dibayar pada 30 September 2022.

Dalam pada itu, bagi separuh pertama 2022 pula Maxis menyaksikan keuntungan bersih turun 9.65% pada RM627 juta daripada RM694 juta setahun sebelumnya sementara hasil meningkat 7% pada RM4.83 bilion daripada RM4.51 bilion.

Sumbangan terbesar kepada peningkatan tersebut datangnya dari hasil perkhidmatan syarikat.

Pada asas bersuku, keuntungan bersih syarikat naik 10.4% dari RM298 juta sementara hasil lonjak sedikit 0.75% dari RM2.41 bilion.

Ulas Gokhan Ogut, Ketua Pegawai Eksekutif Maxis, di sebalik catatan tersebut prestasi syarikat agak kukuh merentasi semua segmen yang menggariskan fokus terhadap strategi dan ketangkasannya.

Tambahnya lagi, syarikat akan terus memacu pertumbuhan dalam landskap yang berubah dengan pantas serta terus berdaya saing.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat