Preview News Besar ECB, Ini Jangkaan Pasaran Malam Ini?

67

Malam ini News besar ECB khususnya kepada matawang Euro akan dikeluarkan pada pukul 8.45 malam dan diikuti sidang media bersama Presiden Draghi pukul 9.30 malam. Pasaran ketika ini masih menjangkakan tiada perubahan kepada polisi semasa ECB (European Central Bank) sehingga mesyuarat Jun nanti.

Namun, masih ada potensi di mana terdapat sedikit perubahan ‘panduan ke hadapan’ (forward guidance). Kajian terbaru oleh staf ECB juga dijangka lebih meyakinkan terutama sekai dalam prospek pertumbuhan ekonomi dan juga anggara inflasi yang lebih tinggi.

Presiden Draghi seperti biasa akan mengekalkan pendirian ‘dovish‘ tetapi sedikit perubahan dalam nada ucapannya dijangka tidak memberi kesan signifikan kepada pasaran.

Jangkaan adalah, tiada perubahan dalam kadar faedah pada penetapan malam ini. Terdapat juga potensi yang kuat ECB akan mengekalkan program pembelian bon semasa pada jumlah 60 Billion Euro sebulan bermula April.

Panduan ke hadapan (forward guidance) akan menjadi perhatian pasaran. Pada masa ini, ECB menjangkakan kadar faedah akan kekal di paras semasa atau lebih rendah di masa akan datang.

Pasaran akan menantikan sebarang perubahan kepada ‘forward guidance‘ jika ada, dan juga isyarat ‘tiada pemotongan kadar yang akan berlaku lagi selepas ini’, ataupun jangka masa yang lebih pendek kepada tempoh polisi ‘kadar faedah sifar’.

Dari segi politik, Draghi dijangka akan mengambil pendirian berkecuali mengenai perkembangan politik di Jerman dan Perancis. ECB berkemungkinan mengubah nada bahasanya pada mesyuarat Jun, tetapi ada beberapa perubahan mungkin tidak perlu berikutan The Fed di landasan yang betul dalam kenaikan kadar beberapa kali tahun ini.

Retorik Draghi dalam sidang media akan menjadi tumpuan pasaran khususnya apabila Draghi masih mengekalkan pandangan yang kurang meyakinkan kepada ekonomi semasa Zon Eropah dalam mesyuarat sebelum ini walaupun data menunjukkan sebaliknya.

Kuncinya adalah melihat sama ada Draghi mengekalkan komen berhati-hati ataupun ada perubahan kepada pendiriannya memandangkan keadaan ekonomi yang semakin pulih.

Komen tentang inflasi adalah yang terpenting, di mana Dragi masih mengatakan inflasi asas masih sangat rendah sebelum ini. Pendirian yang sama malam ini akan memberi isyarat bahawa ECB mahu mengekalkan polisi akomodatif yang aggresif ini.

Dalam sesi soal jawab bersama media, Draghi sudah semestinya akan menerima soalan tentang tapering. Tapering adalah pengurangan kepada polisi pelonggaran semasa, di mana Draghi sekali lagi akan menafikan tiadanya perbincangan tentang hal ini. Jika ada sedikit isyarat bahawa hal ini dibincangkan dalam mesyuarat, matawang Euro dijangka akan menguat.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat