Produk Pelaburan Solana (ASOL), Litecoin (LTCN), Kalahkan Bitcoin (BTC)!

1,010

Luar biasa apabila produk pelaburan Solana (SOL), termasuk Litecoin (LTC) berjaya atasi produk pelaburan Bitcoin (BTC).

Keuntungan pelabur yang dicatat oleh kedua-dua produk tersebut: ASOL daripada 21Shares meningkat sehingga 22% dan LTCN daripada Grayscale meningkat 14.9% pada Oktober.

Rincian laporan Pengurusan Aset Digital oleh CryptoCompare adalah seperti berikut:

  • Produk pelaburan Solana mencatatkan peningkatan sebanyak 171% dalam jumlah dagangan kepada $6.3 juta.
  • Bitcoin pula sebaliknya mencatatkan penyusutan sehingga 9.5% kepada $48.7 bilion sepanjang November setelah rekod yang mendatar sejak Julai.
  • Ethereum mencatatkan peningkatan sehingga 5.4% kepada $16.6 bilion.
  • Manakala produk pelaburan mata wang kripto yang lain mencatatkan peningkatan kepada $2.6 bilion, dengan lonjakan sebanyak 10.4%.

Secara kasarnya, jumlah dagangan harian bagi keseluruhan produk pelaburan mata wang kripto menyaksikan purata penyusutan sebanyak 13% bagi tempoh Oktober sehingga November dengan jumlah semasa berada di paras $732 juta.

Berbeza dengan rekod Januari tahun ini, jumlahnya lebih tinggi bernilai sekitar $1.5 bilion.

Produk pelaburan yang ditawarkan Grayscale masih kekal mewakili majoriti aset bawah pengurusan (AUM) dengan jumlah $53 bilion, merangkumi 76.8% dari keseluruhannya.

Manakala XBT Provider mewakili 7.2% daripada AUM dengan rekod sebanyak $5 bilion, selepas Grayscale.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat