Projek Terbaru Bawa Solana, Cosmos Catat Harga Tertinggi

593

Ketika harga Bitcoin (BTC) susut, mengundang debar dalam kalangan pelabur kripto, Solana (SOL) dan Cosmos (ATOM) bergerak sebaliknya.

Kedua-dua matawang itu pada awalnya sedikit susut namun kembali melonjak pada hari ini susulan daripada pembangunan terbaru terhadap projek masing-masing.

Harga Solana mula menunjukkan pergerakan positif semalam selepas Raydium, pembuat pasaran automatik (automated market maker, AMM) pertama untuk blockchain Solana dilancarkan.

Pelancaran tersebut menandakan ekosistem SOL setapak mendekat, menjadi pesaing DeFi di Ethereum (ETH) ketika para pelabur cuba melepaskan diri dari kos transaksi yang tinggi di rangkaian itu.

Tidak cukup dengan itu, SushiSwap turut mahu integrasikan ekosistem SUSHI bersama Solana sebagai satu usaha menangani kos tinggi di rangkaian Ethereum. Walaupun masih awal lagi usulan tersebut, tidak mustahil akan membawa harga SOL meningkat, mencatat paras tertinggi sepanjang masa (ATH) yang baru pada $15.88. (Ketika penulisan, SOL sudah didagangkan lebih tinggi pada $16.24).

Lonjakan Cosmos pula didorong oleh kemaskini Stargate yang mana merangkumi protokol Inter-Blockchain Communication (IBC), lapisan interopabiliti bagi blockchains Cosmos.

IBC akan menggalakkan beberapa projek seperti Kava (KAVA) dan Band Protocol (BAND) yang dibangunkan dengan Cosmos Software Development Kit (SDK) supaya mudah saling beroperasi dan menghubungkan token di rangkaian blockchain lain di rangkaian Cosmos. Rangkaian itu juga dijangka akan bekerjasama dengan protokol berasingan seperti Binance Smart Chain.

Semalam, harga ATOM susut 35% kepada $15.07. Namun, selepas berita kemaskini diumumkan, ATOM melonjak ke paras harga semasa, $21.06.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat