Proton Bakal Lancarkan Model EV Pertama Menjelang 2025

358

Pembuat kereta nasional, Perusahaan Otomobil Nasional Sdn Bhd (Proton) memberi bayangan bahawa mereka akan melancarkan model kenderaan tenaga baharu (NEV) dalam tempoh beberapa bulan.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Dr Li Chunrong berkata mereka akan melancarkan model terbaru tidak lama lagi. Mungkin dalam enam hingga lapan bulan akan datang dan mereka juga akan melancarkan model EV kedua selepas kenderaan pertama dipasarkan.

Li berkata demikian semasa pembentangan mengenai ‘Strategi Produk Rancangan Masa Depan Proton’ pada Majlis Makan Malam Kemakmuran Tahun Baru Cina syarikat pada hari Selasa.

Katanya lagi, Proton sedang merancang untuk mengembangkan portfolio rangkaian kuasanya dengan pelancaran enjin generasi terbaru serta menawarkan kelebihan daya saing yang tinggi dalam pasaran.

Pada 2023, syarikat itu mencapai pertumbuhan jualan tahun kelima berturut-turut dengan jumlah jualan domestik dan eksport sebanyak 154,611 unit iaitu prestasi jualan tertinggi sejak 2012.

Ini mewakili peningkatan 9.3% berbanding 141,432 unit yang dijual pada 2022.

Kemajuan ini merupakan sasaran yang ingin dipenuhi oleh Kementerian Perdagangan dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz sebelum ini menyatakan pada November tahun lepas bahawa MITI sangat optimis bersama-sama dengan rakan pengeluar kereta tempatan seperti Perodua dan Proton untuk mengeluarkan EV nasional pertama menjelang 2025.

Proton kini dalam rancangan untuk menubuhkan pusat R&D baharu di Hangzhou, China yang mengkhususkan pembangunan model Saga, Persona dan Iriz pada masa depan.

Pembangunan Kenderaan Tenaga Baharu (NEV) sedang dalam kerja-kerja penerokaannya. Walau bagaimanapun, dua model EV yang disebutkan sebelum ini berkemungkinan hibrid.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat