Pudgy Penguins Rampas Populariti CryptoPunks, Jadi Kegilaan Peminat NFT!

279

Jika sebelum ini CryptoPunk menjadi kegilaan oleh setiap golongan peminat non-fungible token (NFT), kali ini nampaknya nasib memihak kepada  Pudgy Penguins.

Pudgy Penguins dipasarkan dalam pasaran NFT dalam jumlah keseluruhan 8,888. Setiap satunya memiliki ciri rawak yang berbeza seperti ada karakter yang memakai topi, cermin mata, memiliki potongan rambut mohawk atau bowl, memakai baju t-shirt atau skaf, dan banyak lagi.

Walaupun baru dilombong beberapa minggu yang lalu, koleksi NFT ini terjual dalam tempoh yang singkat dan meraih populariti di laman media sosial, Twitter termasuk pengasas bersama Reddit, Alexis Ohanian.

Ketika ini, CryptoPunks dilihat mula didagangkan pada tanda harga serendah $150,000 dalam ETH setelah menembus paras harga $100,000 buat kali pertama pada minggu lepas.

Begitu juga Bored Ape Yacht Club, didagangkan dengan harga terendah, 13.82 ETH dan pada minggu lepas telah merekodkan jualan NFT mencecah lebih $1 juta buat kali pertama.

Berdasarkan CryptoSlam, jumlah transaksi Pudgy Penguins telah mencapai $11.8 juta dalam ETH dari paras lebih $3.6 juta pada beberapa hari lalu. Secara tidak langsung, Pudgy Penguins mengungguli carta, meletakkan CryptoPunks di bawahnya dengan jumlah dagangan bernilai $7.6 juta dan Bored Apes pula merekodkan $2.1 juta.

Jika anda berminat dengan penguin ini, boleh dapatkannya dengan harga terendah yang bermula pada 2.7 ETH ($8,429) ketika penulisan artikel.

Sementara itu, harga tertingginya boleh mencecah sehingga 100 ETH, sekitar $314,862 (Pudgy Penguin #5678) dan 150 WETH, sekitar $458, 751 (Pudgy Penguin #6873).

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat