Puluhan Altcoins Catat Lonjakan Tertinggi! Adakah Alt-Season Telah Kembali?

1,063

Penganalisis menyifatkan lonjakan Bitcoin (BTC) sejak kebelakangan ini gagal membawa naik harga kebanyakan altcoins. Buktinya, dominasi BTC terhadap seluruh pasaran meningkat 73% sebelum susut 5% dalam 24 jam ekoran daripada lonjakan terbaru.

Ethereum, bagaimanapun telah mendorong lonjakan altcoins sebanyak 40% pada awal 2021. Seperti yang dilaporkan sebentar tadi, ETH telah mencatat all-time high (ATH) pada nilai $1,140.

Bitcoin Cash (BCH) melonjak 25% kepada $445, Cardano (31%) kepada $0.23, Chainlink (25%) kepada 15% dan Litecoin (21%) cipta rekod tertinggi terbaru pada $174.

Begitu juga Binance Coin (BNB) yang mencatatkan paras harga $44 dan Polkadot (DOT) yang didagangkan pada $10.5.

XRP dilihat turut bereaksi dengan lonjakan ETH, meningkat 15% dalam 24 jam kepada $0.25. Namun, masih susut lebih 60% sejak pertengahan Disember.

Ethereum Classic mencatatkan peningkatan harga sebanyak 30%, Aave (29%), VeChain (28%), dan Uniswap (27%) kepada nilai dua digit.

Keseluruhannya permodalan pasaran matawang kripto telah merekodkan angka terbaru, menghampiri $910 bilion, menjadikan sebanyak $150 bilion ditambah menjelang 2021.

Pada masa yang sama, ketika altcoins mencatatkan rekod harga terbaru, pergerakan harga BTC sedikit lemah setelah rekod lonjakan harga yang berturut-turut sejak minggu lalu.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat