Purr Purr! BMW Labur $1.7 Bilion Bina Kenderaan Elektrik Di AS

307

Bagi meningkatkan pengeluaran kereta elektrik (EV) buatan Jerman, BMW AG merancang untuk membuat pelaburan $1.7 bilion dalam memperkasakan jenama mereka di Amerika Syarikat (AS).

Oleh demikian, BMW AG akan menambah pelaburan sebanyak $1 bilion di kilang Spartanburg, Carolina Selatan termasuk membelanjakan $700 juta bagi pemasangan bateri berkuasa tinggi baharu di Woodruff.

Selain itu, BMW menambah bahawa syarikat kecekapan tenaga dari China iaitu Envision Automotive Energy Supply Corporation (AESC) akan membina loji sel bateri disana yang boleh membekalkan bateri berkapasiti 30 GWh kepada mereka.

Difahamkan, pembuat kereta mewah tersebut merancang untuk membina enam model BMW EV di Amerika Syarikat menjelang 2030, namun ia tidak akan mengabaikan pengeluaran kenderaan berkuasa gas.

Hal ini berikutan kerana EV dikenakan kredit cukai khas di AS yang bertujuan menghalang penggunaan komponen bateri serta mineral China.

BMW Group turut menyebut bahawa format bateri baharunya akan meningkatkan ketumpatan tenaga lebih daripada 20 peratus agar dapat mempercepatkan proses pengecasan.

Dalam pada itu, syarikat turut mengumumkan penubuhan empat kilang sel bateri tambahan di Eropah dan China bagi memenuhi keperluan EV keluarannya.

Malah kilang sel yang dibina oleh rakan kongsi syarikat masing-masing akan mempunyai kapasiti tahunan sehingga 20 GWh.

Secara rekod, kilang BMW di Carolina Selatan telah membina lebih 6 juta kenderaan, menggaji 11,000 pekerja serta mempunyai kapasiti pengeluaran tahunan sebanyak 450,000 kenderaan.

Pada sumber berbeza, South Carolina menganugerahkan geran $65 juta kepada Spartanburg Country bagi menyokong kos yang diperlukan untuk melaksanakan projek tersebut.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat