Putin Pertahankan Negara, Dakwa Barat Punca Rusia Serang Ukraine

801

Presiden Rusia, Vladimir Putin cuba mempertahankan tindakan pencerobohannya ke atas Ukraine dengan mengatakan beliau terpaksa melakukannya disebabkan negara Barat.

Berucap pada ‘Hari Kemenangan’ (salah satu acara paling penting dalam kalendar kebangsaan negara itu) pada Isnin, Putin mengatakan bahawa Barat telah mencetuskan ancaman di sempadan mereka dan bersiap sedia menceroboh negara itu.

Beliau juga memberitahu bahawa Barat tidak mahu mendengar cadangan Rusia untuk mengadakan dialog, yang bermakna mereka mempunyai rancangan lain dan Kremlin dapat melihatnya.

“Rusia memberikan penolakan awal terhadap pencerobohan, ia adalah keputusan yang terpaksa dan berdaulat,” katanya.

Bercakap sebelum perarakan besar-besaran tentera dan kereta kebal di Moscow, Putin juga menggandakan strategi Rusia untuk memberi tumpuan di wilayah timur Donbass.

Rusia telah melancarkan serangan ke atas Ukraine pada 24 Februari, selepas mengumpulkan kira-kira 190,000 tentera di sempadan pada minggu-minggu sebelumnya.

Pertempuran semakin rancak di rantau itu dalam beberapa minggu kebelakangan ini apabila Putin memfokuskan semula strategi perangnya berikutan tentangan sengit daripada tentera Ukraine.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat