Putin Tenang, Ekonomi Rusia Masih Baik

263

Ekonomi Rusia ternyata lebih berdaya tahan daripada yang dijangkakan kebanyakan pakar, kata Presiden Vladimir Putin.

Berucap pada pertemuan dengan pegawai tertinggi pada Selasa, Putin mengatakan keluaran dalam negara kasar (KDNK) Rusia pada Januari-November 2022 merosot hanya sebanyak 2.1%.

Ujar beliau, Rusia berjaya menanggung kesulitan dalam kewangan, belanjawan, struktur dan logistik yang dihadapinya pada tahun lalu dengan cukup berjaya.

Secara keseluruhannya pada 2022, beliau menjangkakan ekonomi Rusia hanya akan menguncup sebanyak 2.5%.

Menurutnya, angka tersebut lebih baik daripada jangkaan sesetengah pakar dalam negara dan luar negara yang meramalkan penurunan sebanyak 10%, 15% atau 20%.

Pun begitu, Putin juga mengakui tentang risiko ekonomi yang mungkin dihadapi negara pada 2023 berbanding 2022.

Namun, beliau yakin bahawa negara itu boleh melaluinya kerana pentadbirannya mempunyai pemahaman lebih baik tentang apa yang berlaku dan jenis kesulitan yang akan dihadapi.

Peperangan di Ukraine dan sekatan Barat telah meruntuhkan beberapa sektor ekonomi Moscow pada tahun lepas.

Ini termasuk sekatan ke atas bank terbesarnya daripada rangkaian kewangan SWIFT, mengekang aksesnya dalam teknologi dan larangan minyak dan gas ke Eropah.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat