Raja Mata wang Sudah Terjaga, Terus Tembus Paras Tertinggi Baharu 20 Tahun!

8,139

US dolar akhirnya kembali mengumpul kekuatan untuk bangkit lebih tinggi pada sesi Eropah dengan mencatat paras ketinggian terbaharu sejak Disember 2002 berbanding kebanyakan mata wang utama.

Keteguhan pendirian Federal Reserve (Fed) untuk meningkatkan kadar faedah dalam memerangi inflasi tampaknya masih lagi menyokong raja mata wang itu walaupun sedikit lemah pada awal minggu.

Kebangkitan semula US dolar sekali gus membenam mata wang euro ke paras terendah terbaharu 20 tahun, apatah lagi penggubal dasar Bank Pusat Eropah (ECB) masih gagal memberi indikasi baru mengenai kenaikan kadar faedah pada Julai yang dijangka kekal dengan peningkatan 25 mata asas sahaja.

Mata wang pound turut menyusut namun penurunan yang dicatatkan adalah terhad memandangkan pelabur menantikan ucapan Gabenor bank pusat England (BOE), Andrew Bailey pada malam ini.

Sementara itu, dolar Aussie turut merosot lebih rendah walaupun keputusan polisi terbaharu Reserve Bank of Australia (RBA) menyaksikan bank pusat itu menepati jangkaan dengan kenaikan sebanyak 50 mata asas dalam kadar faedah.

Dolar kiwi turut tergelincir lebih parah selepas dilaporkan harga perumahan di New Zealand jatuh ke tahap terendah 13 tahun kerana dipengaruhi oleh kadar faedah yang semakin tinggi.

Selain itu, dolar Kanada juga menyusut susulan peningkatan US dolar, gagal mempertahankan sokongan daripada dagangan minyak emntah yang tinggi.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat