Raja Matawang Pertahan Takhta, Euro Layu Di Pinggiran

281

Bacaan data ekonomi yang lebih kuat dari jangkaan mendorong US dolar lebih tinggi berbanding kebanyakan matawang utama.

Amerika Syarikat mendahului pemulihan di mana data mula menunjukkan kesan daripada pelancaran vaksin coronavirus yang lancar. Perniagaan dibuka semula dan aktiviti ekonomi semakin pesat.

Akibatnya, tuntutan pengangguran jatuh ke 684,000, tahap terendah dalam lebih dari setahun. Pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) suku keempat juga disemak semula menjadi 4.3% daripada 4.1%.

Ekonomi AS masih jauh dari normal tetapi angka menunjukkan bahawa ia bergerak ke arah yang betul.

Presiden AS Joe Biden pada hari Khamis berjanji 200 juta vaksin Covid-19 akan diedarkan dalam 100 hari pertama di pejabat. Pentadbiran mencapai sasaran awalnya sebanyak 100 juta suntikan pada hari Jumaat, yang merupakan hari ke-59 penggal Biden.

Indeks dolar yang mengukur kekuatan dolar greenback berbanding enam matawang utama lain diperdagangkan hampir paras tertinggi 4 bulan pada 92.80.

Matawang euro terus susut lebih rendah di bawah 1.1800 buat pertama kali sejak November 2020. Naib Presiden Bank Pusat Eropah (ECB), Luis De Guindos menjangkakan ekonomi Zon Eropah akan menguncup pada suku pertama tahun ini.

Sementara itu, matawang pound berjaya meraih sokongan untuk meningkat menjelang dagangan hujung minggu, dengan tumpuan pasaran kini terarah kepada data jualan runcit yang akan dikeluarkan hari ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat