Rakyat Indonesia Gesa Jokowi Pecat Menteri Kesihatan!

658

Rakyat Indonesia tidak keruan, menggesa pemerintah negara itu, Joko Widodo untuk memecat Menteri Kesihatan, Terawan Agus Putranto ekoran daripada kegagalan beliau dalam mengurus isu wabak COVID-19.

Sebenarnya sejak Mac 2020 lagi segelintir rakyat Indonesia meluahkan kekecewaan mereka berkenaan sikap Terawan yang sombong dan menolak sains.

Ekoran daripada itu, gabungan antara golongan masyarakat sivil, ahli akademik dan organisasi sosial telah mewujudkan petisyen bermula Rabu minggu lepas dengan harapan suara rakyat dapat dikumpulkan dan didengar oleh pihak kerajaan Indonesia.

Menerusi satu kenyataan oleh pakatan tersebut, mereka meletakkan harapan terhadap Presiden Jokowi untuk menggugurkan jawatan Terawan sebagai menteri kesihatan dan menggantikan dengan individu yang jauh lebih layak.

Antara individu berpengaruh yang mengemukakan petisyen tersebut termasuklah Jaringan Nasional Advokasi Pekerja Rumah Tangga; ketua lembaga eksekutif pelajar Universitas Islam Negeri Syarif Hidayatullah Jakarta, Sultan Rivandi; ketua badan eksekutif pelajar Universitas Indonesia, Manik Marganamahendra; LaporCOVID-19, Irma Hidayana dan Supinah selaku wakil kumpulan pekerja.

Sehingga semalam, seramai 5,700 rakyat Indonesia telah menandatangani petisyen tersebut.

Di dalam petisyen tersebut juga turut mendedahkan sikap menteri tersebut yang bertindak acuh tidak acuh dalam menangani pandemik, termasuk gagal melindungi barisan pegawai kesihatan dan penularan wabak COVID-19.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat