Rakyat Malaysia Belum Bersedia Hadapi Kemelesetan 2023!

1,432

‘Kalau anda rasa berada dalam kategori di bawah, cepat bertindak segera.’

Detik untuk meninggalkan tahun 2022 semakin hampir namun rakyat Malaysia tampak masih belum bersedia untuk menghadapi krisis ekonomi yang dijangka berlaku tahun depan.

Asas itu jelas kelihatan dari keputusan tinjauan RinggitPlus Malaysia 2022, yang mengkaji kadar celik kewangan warganegara, mendapati majoriti raykat Malaysia berdepan masalah kesempitan kewangan yang teruk.

Ia adalah rentetan daripada isu aliran tunai dan kehabisan simpanan disebabkan oleh pandemik Covid-19 dan kadar inflasi yang tinggi.

7 daripada 10 sampel dari 3,144 respondan didapati menyimpan kurang RM500 sebulan atau tidak menyimpan langsung sementara hanya 5% sahaja memiliki simpanan lebih RM1,500 sebulan tahun ini.

Sebagai perbandingan ia menurun 15% daripada tahun 2021 dan jatuh 20% dari tahun 2020.

Data-data lain yang ditinjau dirumuskan di bawah.

  • 71% respondan percaya mereka berjaya mengawal aliran keluar masuk wang sementara 43% berbelanja melebihi daripada jumlah pendapatan mereka.
  • 82% respondan bersetuju mengatakan simpanan dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) tidak cukup untuk rancang pesaraan dengan,
    • 41% tidak memiliki perancangan simpanan hari tua.
    • 66% bercadang untuk mengeluarkan simpanan KWSP jika dibenarkan.
  • 52% responden di atas usia 18 tahun tidak memulakan sebarang pelaburan sama ada dalam unit amanah, saham atau kripto dengan,
    • 52% memilih pelaburan berisiko rendah dan memelihara modal.
    • 50% memilih pelaburan jangka sederhana (5 ke 10 tahun).
  • 59% respondan tidak tahu atau tidak mengambil tahu berkenaan credit score mereka dan 32% lagi langsung tidak tahu kelebihan memiliki credit score yang baik.
  • 55% pemegang kad kredit sahaja yang membayar pinjaman secara penuh setiap bulan, 18% membayar pada minimum dan 27% bayar dengan apa yang mampu sahaja.
Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat