Rakyat Malaysia Tak Reti Rancang Kewangan? Duit Dalam Akaun KWSP Sudah Habis

7,634

‘Berdasarkan situasi kos sara hidup sekarang rasanya memang kering lah akaun simpanan.’

Agensi penyedia insurans hayat dan takaful keluarga, Sun Life Malaysia mendapati 4% responden dalam tinjauannya mencapai had pengeluaran akaun Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWPS) mereka.

Mengulas  tinjauan tersebut, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Raymond Lew kata masih terdapat jurang besar dalam perancangan kewangan rakyat Malaysia terutamanya berkaitan pembinaan sumber dana yang mencukupi.

Bagi menyokong usul tersebut tinjauan turut mendapati sebanyak 18% responden telah membuat pengeluaran khas dalam akaun KWSP mereka dan 14% lagi bercadang untuk melakukan perkara yang sama.

Hasil tinjauan ini tambah Lew lagi berperanan sebagai semboyan amaran kepada rakyat Malaysia untuk lebih memikirkan sumber pendapatan pada hari tua.

Difahamkan tinjauan yang dipanggil ‘Kembara Bersara’ memiliki 1,853 responden, berusia atas 42 tahun, yang kebanyakannya menggariskan isu wang serta kesihatan sebagai kebimbangan utama semasa tahun persaraan mereka.

Ikuti ringkasan tinjauan tersebut di bawah.

  • 63% responden khuatir tidak mempunyai wang cukup untuk jalani persaraan yang selesa.
  • 88% responden akan bergantung kepada simpanan KWSP ketika jalani tahun persaraan.
  • 45% responden bergantung kepada pelaburan insurans dan takaful untuk simpanan hari tua.
  • 61% responden mengatakan mereka tidak harapkan kebergantungan daripada anak-anak ketika bersara.
  • 22% responden bercadang untuk terus bekerja selepas persaraan.
Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat